28.4.15

Internet VS Buku, Mana lagi bagus? (WeeklyCerpen)

Berikut adalah kisah penuh cerpen ini, asalnya buat pertandingan.







Internet  Dan  Buku
            Amie tersenyum lebar, akhirnya Amie dapat mengatasi Ain dalam peperiksaan pertengahan tahun 2015 kelas 4A. Ain yang hanya mengharapkan buku untuk pelajaran ditewaskan oleh musuh ketatnya, Amie yang belajar secara moden dengan menggunakan komputer dan internet. Walaubagaimanapun, peperiksaan yang sebenar akan diadakan pada hujung tahun ini. Semua pelajar kelas 4A hanya melihat karenah dua pelajar itu. Mereka bersaing untuk mendapatkan nombor satu pada setiap ujian dan peperiksaan. Hal ini dapat membuktikan cara manakah yang akan berhasil, belajar menggunakan buku atau internet. Pada masa ini, belajar menggunakan buku adalah sangat berkesan untuk menambahkan pengetahuan. Walaubagaimanapun, Amie tetap akan membuktikan yang belajar menggunakan internet adalah lebih senang dan pantas. Akhirnya Amie berpuas hati kerana dia mendapat nombor satu pada peperiksaan kali ini setelah ditewaskan tiga peperiksaan berturut-turut.


            “Akhirnya saya dapat kalahkan awak, Ain !” dengan berlagaknya Amie memberitahu Ain. Ain hanya membisukan mulut. Baru sahaja dia hendak beredar dari tempatnya, Cikgu Hamdah masuk ke kelas. Suasana bising bertukar menjadi senyap apabila guru kelas 4A dengan tidak dialukan masuk ke kelas.
            “Perhatian semua, saya mahu berjumpa dengan Haiqal. Dia ada?” Keadaan sunyi bertukar menjadi bising setelah nama Haiqal, pelajar paling rendah dalam pelajaran itu disebut. “Saya cikgu.” Haiqal lekas bangun dan mengikut cikgu Hamdah dari belakang.
            Loceng tamat sekolah sudah berbunyi tetapi masih tiada bayangan Haiqal di kelas itu. Kelihatan yang tinggal buku teks  matematik dan beg yang masih terbuka di atas mejanya. Walaupun Haiqal seorang yang pendiam dan tiada kawan, Amie mengambil berat tentangnya kerana dialah pelajar paling lemah di kelas 4A. Bukan sahaja Amie, Daniel, ketua kelas 4A juga amat risau dengan Haiqal kerana reputasi kelas 4A menurun disebabkan oleh markah peperiksaan Haiqal. Sekarang kelas 4A bukan lah kelas yang terbaik, dan menjadi kelas yang biasa-biasa sahaja seperti kelas-kelas yang lain.
            “Haiqal, saya risau dengan pencapaian kamu. Kamu adalah pelajar terendah di kelas 4A. Saya tidak mahu awak terus begini. Jika kamu ada masalah, kamu boleh mengadu kepada saya atau Cikgu Rohana dan Cikgu Nazwi, cikgu displin sekolah ini. Peperiksaan demi peperiksaan, markah awak semakin menurun. Saya risau jika reputasi kelas kita menurun disebabkan awak.” Cikgu Hamdah dengan marah melepaskan semua apa yang terbuka dihatiya. “Saya akan cuba apa saya boleh buat, cikgu.” Haiqal dibenarkan beredar ke kelas.
            Macam biasa, murid-murid sibuk berbual dengan rakan di kelas. Keadaan di kelas 4A sangat bising. Tiba-tiba keadaan bising itu menjadi sunyi sepi. Cikgu Najwa masuk ke kelas. Cikgu Najwa merupakan cikgu matematik dan cikgu yang sangat garang di kelas itu.
“Selamat pagi kelas. Hari ini, saya ada sesuatu  special  buat kamu semua.” Suasana kelas 4A menjadi bising serta-merta dengan pelbagai persoalan. “Haish, kelas ! tolong senyap sedikit. Awak semua sudah 16 tahun, takkan itu pun cikgu nak beritahu?”
“Benda  special  yang saya cakap itu adalah ujian mengejut matematik.” Dengar sahaja ujian, pelajar kelas 4A menjadi resah. Mereka belum bersedia untuk mendengar berita sebegitu. Mana taknya, tiba-tiba ada ujian. Tak sempat hendak bersedia. Tapi tidak untuk Ain dan Amie. Mereka berdua sangat bersedia untuk ujian mengejut kali ini. Mereka seakan-akan tahu soalan apa yang akan dijawabnya.
Ujian pun bermula. Murid-murid diberi masa 2 jam untuk menjawab. Ain dan Amie kelihatan bersungguh-sungguh. Semua pelajar lain menggaru kepala manakala Haiqal masih terpinga-pinga mencari peralatan tulisnya.
OK  semua, Time’s Over !”
Kedengaran hanya perkataan “Ala cikgu…”, “Kejap cikgu, sekejap.”, “Susahlah cikgu,” tetapi Cikgu Najwa tidak ambil peduli tentang semua alasan muridnya. Masa yang sudah diberi ialah 2 jam, jadi semua murid perlu menyiapkan dalam masa yang ditentukan.
Kesokannya… “Ok, semua kertas soalan sudah cikgu tanda. Jadi cikgu akan pulangkan semula kertas soalan kamu. Biarkan kita tengok siapa yang masih lemah dalam matematik. Siti Asiah Binti Abdullah. Tahniah, agak memuaskan. Nurnajmina binti Hisyam, bagus kali ini awak buat dengan besungguh-sungguh. Anamie Fazrina Binti Muhd Fitri, sangat bagus Amie, 96% markah.”
            “Wah terima kasih cikgu, bestnya  dapat markah tertinggi.”
            “Tapi cikgu tidak cakap awak markah yang tertinggi. Mia Nuraini Binti Hariz. Tahniah, awak dapat markah penuh.” “Apa?” Amie beredar ke tempatnya dengan perasaan geram. “Nampaknya saya menang, loser.” Sempat Ain berkata begitu sebelum Amie beredar. “Selepas loceng waktu rehat tamat,  saya mahu  berjumpa  dengan  Ain dan Amie.”
Kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula bagi murid tingkatan 4 dan 5. Semua  murid berkejar-kejar  seolah-olah kantin itu akan kehabisan  makanan. Dua orang  murid  yang Cikgu Najwa nyatakan itu  kelihatan sedang berbual antara satu sama lain.
“Kenapa cikgu panggil kita?” Tanya Amie kehairanan. “Mungkin cikgu panggil awak kot, sebab awak perasan markah paling tertinggi tadi.” Jawab Ain dengan sinis. “Mana ada saya perasan, awak  itu yang terlebih markah !” hendik Amie tidak puas hati.
Khaisarah, penolong kelas 4A menyampuk…
“Awak berdua, Cikgu Najwa panggil.” Mereka saling berpandangan.
            Mereka terus pergi ke bilik Cikgu Najwa. Takut pula jika Cikgu Najwa marah kerana terlewat. “Awak berdua ada perasan  tidak murid yang bernama  Haiqal  itu?” Cikgu Najwa bertanya sambil memegang sekeping kertas. “Ya cikgu, kenapa?” Amie dan Ain menjawab secara serentak. “Awak berdua lihat ini… ” Cikgu Najwa menunjukkan kertas yang dipegangnya itu. “Amie lihat, Haiqal mendapat 4 markah sahaja… ” Dengan rasa terperanjat, Amie menunjukkan jarinya ke bahagian bawah kertas itu. Haiqal mendapat markah paling rendah. “Awak berdua lihat, dia ini kelas 4A atau  4 tak tahu matematik?  Saya amat kesal dengan markahnya.” - “Jadi cikgu mahu kami buat apa?” Dengan perasaan takut, silap-silap cikgu menyuruh mereka mengajar Haiqal. “Kamu berdua pelajar terbaik matematik, saya mahu kamu berdua ajar Haiqal supaya dia dapat markah lagi elok dari sebelum ini. Jadi pada peperiksaan pertengahan tahun ini, saya mahu lihat markah dia berbeza dan menaik. Boleh?” Mereka berdua hanya jawab “Boleh” walaupun mereka tidak suka sebenarnya.
Selepas beredar dari bilik guru…
“Ain, apa perlu kita buat?  Saya tidak mahu mengajar  Si Haiqal tu…”
“Kenapa pula? Kita ajar lah dia, dia tu tak tahu malu. Habis reputasi kelas kita menurun !”
“Saya tahu lah awak pandai, tapi kalau dia buat sesuatu kat kita macam mana? Dia bukan ke dulu pelajar yang degil dan nakal.”
“Ya, awak sungguh bijak Amie, dia dulu kan ‘Jahat’, macam mana dia boleh jadi pendiam dan pemalas?  Mari kita tanya masalah dia, mana tahu kita boleh tolong kuatkan semangat dia.”
            “Aduh Ain, awak sudah gila kah?” Amie berasa takut dan gementar. “Mari kita cari dia, kita kena bekerjasama.” – “Baiklah, baiklah. Tetapi, kalau tidak berhasil saya salahkan awak !” – “No problem. I can handle this.”
            “Lihat itu ! Haiqal !!!” Amie menjerit sekuat hati. “Awak tidak tahu diam ke? Nanti kalau dia perasan kita, macam mana?  Mari kita dekat dengan dia dan bertanyakan masalahnya.” Mereka mendekati Haiqal yang sedang menulis sesuatu di buku notanya. “Hai Haiqal. Sebenarnya cikgu mengadu dekat kami yang markah matematik awak semakin menurun. Boleh kami tahu kenapa?” Ain memandang tepat ke muka Haiqal. Haiqal merenung wajah Ain. “Awak tidak tahu apa-apa tentang komputer.” Haiqal mencebik. “Tapi saya tahu semua tentang komputer .” Amie cuba meyakinkan Haiqal. “Apa yang awak tahu dengan komputer?” Haiqal memandang tepat kearah Amie dengan perasaan marah. “Setahu saya, komputer  adalah tempat untuk membuat dan menyimpan data. Manakala Internet  pula adalah tempat untuk berinteraksi dan mencari maklumat secara online dan bebas. Selain itu, jika kita bersosial di internet lebih dari 5 jam, kita tidak akan dapat memikirkan benda lain kerana otak kita sudah penuh dengan khayalan alam maya.” Sepatah demi sepatah Amie cuba menerangkan tentang komputer dan internet .
 “Memang itulah hakikatnya, internet telah merosakkan harapan saya. Internet itu adalah dunia tiruan yang membuatkan kita percaya 100% tapi kesimpulannya adalah tidak…” Haiqal menundukkan kepala. “Bukan begitu ! Awak menggunakan internet  dengan cara yang salah ! Internet bukan tempat untuk bersosial dan bermain game, malah internet juga tempat untuk mencari maklumat dan menambah ilmu.” Amie menerangkan tentang penyalahgunaan internet. “Kalau begitu, kenapa saya masih bodoh dan teringatkan game?” – “game  itu bukan masalah saya, awak boleh belajar mengunakan internet juga…” Keadaan kembali sunyi…
“Bagaimana…” Amie cuba menerangkan semuanya manakala Ain terdiam walau pada mulanya Ain yang beria-ria.
“Baiklah, petang nanti saya ingin bertemu dengan awak.” Kata Amie. “Dekat mana?” Haiqal menanyakan lokasinya. “Di rumah saya”.
Setibanya di taman bunga...
“Awak sudah bersedia?”
“Kita hendak buat apa kat sini.”
“Sementara kita menunggu Ain, mari sini saya ingin tunjukkan sesuatu.”
Mereka berdua masuk bilik...
“Apakah ini?” Haiqal menanyakan tentang laman sesawang yang Amie buka. “Ini namanya Kelas Belajar Online Interaktif. Jika awak hendak lawat laman ini, pergi ke https://kelaskita.com/. Disini, awak boleh belajar banyak perkara seperti sain, matematik, sejarah, bahasa inggeris dan lain-lain. Awak juga boleh belajar perkara yang tiada di sekolah seperti cara buat video, cara buat blog, cara buat game dan lain-lain.”
“Wah,  bagus sungguh laman sesawang ini !” Haiqal tidak menyangka adanya laman sesawang begitu.
Ain tiba...
“Aik, awak semua sudah berseronok ke? Saya baru ingin masuk.”
“Tidaklah, kami baru hendak bermula... Mari sini Ain, lihat ini.”
Mereka semua berbual dan kadang-kadang gelak bersama-sama.
Keesokan harinya…
“Lihat itu, Haiqal sungguh gembira.” “Itu kerana dia sudah tahu apa yang cikgu ajarkan, internet itu memang bebas. Semua benda dia sudah tahu.” Amie bercakap dengan sombong-nya. “Lihat lah sekarang, belajar menggunakan internet yang baguskah atau membaca buku?” Mula sudah perangai Amie yang lama.
 “Walaupun internet  itu bagus dan bebas, tetapi apa gunanya internet kalau tiada buku? Semua yang berada di internet  hanya merujuk kepada buku, kan?” Ain cuba menafikan.
 “Ok lah, sekarang kita seri !”.
“Hai awak semua !” Haiqal cuba mendekat. “Awak nak apa Haiqal?” Ain kebingungan. “Apa kata saya sahut cabaran awak berdua. Boleh saya masuk sekali?”
“Cabaran apa?”. Amie tidak tahu apa-apa.
“Cabaran siapa dapat nombor satu dalam kelas dia menang !”. Ain cuba menerangkan.
 “Eh, sejak bila ada cabaran macam itu?” Amie pelik.
“Awak tidak perasan kah? Kita selalu berlumba-lumba untuk mendapat nombor satu dalam kelas.”
”Jadi awak menganggapnya sebagai satu cabaran?”
 “Mestilah !”
”Hmm... Saya ok je !” Amie terima cabaran.
“Mesti lagi meriah jika saya ikut sekali.” Kata Haiqal.
“Saya tak kisah, asalkan awak lebih bersemangat untuk belajar.” Kata Ain.
“Tapi, saya berpihak kepada internet. Amie pula buku, awak apa pula?” Amie mencebik.
“Saya berpihak kepada dua-dua, macam mana?”
“Ha… Ha… Ha…” mereka berdua ketawa.
            Akhirnya Amie dan Ain sekarang berkawan baik dan Haiqal kelihatan sungguh bersemangat untuk peperiksaan yang seterusnya.


-THE END-

Cerita ini merupakan cerita rekaan semata-mata untuk anda semua menghayati dan fahami. Tolong jangan ambil cerita ini sebagai kamu punya. kalau mahu kongsi cerita ini, sila link back to my blog :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan