Miss Nina....
Kulit Putih Bak Susu la,
Mata Biru Bak Air Laut la,
Badan Kurus Bak Lidi Penyapu la,
Tudung Labuh Bak Ustazah la,
Tahi Lalat Dimuka Bak Chipsmore la, hehehe...
Bab 1
Setiap hari begini, bangun pagi gosok gigi, mandi, solat dan pergi ke sekolah.Kalaulah hidup di zaman kanak-kanak ini singkat, aku mungkin sudah memilikinya.
Dengan keputusan aku yang teruk ini... mungkin dia tidak akan suka aku.
Bukan itu sahaja, aku yang berkaci mata, muka tak seberapa dan bajuku yang seakan orang sakai ini mesti tidak akan dipandang olehnya. Dia berbadan kurus, pandai, rajin, putih dan kelakar itu menaikkan minat aku untuk bersekolah setiap hari semata-mata untuk berjumpanya, tapi sebaliknya berlaku...
"Pak, Pak, Pak" Bunyi kasutku yang koyak menuju ke pintu kelas. "Kring..." kelihatan semua murid sudah berada di tapak perhimpunan.Hanya aku yang masih terkial-kial mencari bukuku. Disebabkan kelewatan aku, Cikgu Harun (cikgu displin) datang berjumpaku. "Zarif, sekarang sudah jam berapa ? mengapa awak masih disini ? Perhimpunan sudah bermula" tanpa berbicara dan bertegur sapa, Zarif meninggalkan kelas itu dan terus menuju ketapak perhimpunan tanpa perasaan bersalah.
Perhimpunan, setiap hari hendak dengar cikgu meleter ? Bagi Zarif, memang tak lah. Dah lah lama, cuba cakap esok cuti ke baru semua pelajar suka, tapi lain pula.... Itu yang menjadikan perhimpunan ini tidak seronok. Macam biasalah, selepas habis perhimpunan sebelum aku menuju ke kelas mesti ada oran mengejek ku "Beruk, Beruk", ada juga yang mengejek ku "Pendek, Pendek". Sebenarnya aku bukan pendek sangat pun...
"Habis... lepas ini matematik !" Matematik adalah perkara yang paling tidak disukai oleh Zarif kerana matematik susah dan banyak nombor, boleh pening kepala jadinya ! Tiba - tiba ada seseorang menepuk badan Zarif "Zarif....". Zarif terkejut dah menoleh ke belakang, rupanya Miss Nina yang Zarif minat itu. "Zarif, tadi aku tengok engkau kene ejek, kau buat tak tahu sahaja ? Kenapa ? Cuba kau lawan sikit, tumbuk ke ? Tak 'Gentle' lah macam ini Zarif " Aku hanya mendengar dan berkata "Awak rasa, saya perlu buat apa ?". Miss Nina menjawab dengan marahnya "Ish, Zarif ni... bengang betul la. Susah cakap dengan kau ni Zarif !" Miss Nina terus beredar.
"Eh, awak tunggu !" Zarif menjerit. "Kau nak apa ?" Miss Nina memandang Zarif dengan perasaan tak puas hati. "Erm... Takde ap-apa lah" Kata Zarif. "Ish kau ni, buat penat aku jer..." Kata Miss Nina dengan kuatnya. "Nina, Iz panggil je kan ? Tak payah lah nak jerit-jerit, malulah." Sara, kawan sebelah Nina menyampuk. Rupanya kawan-kawan mereka memanggil Zarif "Iz" hanya Miss Nina dan guru-guru sahaja panggil Zarif dengan namanya, "Zarif". Sebenarnya nama panjang Zarif ialah Izarif Fitri.
"Hari ini adalah hari paling malang bagiku..." kata Zarif didalam hati. "Mak, Iz dah balik" Kata Zarif selepas sampai dirumah. "Mari Iz makan, mak dah masak ni..." laungan Puan Maimon memanggil Zarif untuk makan di dapur.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan